Dok jalan jalan di alam maya cari bahan bacaan dan sbgnye... terjumpa plk artikel ni kt dlm website bakalpengantin.com Menarik plk.. meh le kite semak sikit yer... ;-D
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu  diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan  cubalah amalkan setakat yang termampu yer.
1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri  yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga  luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat  di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang  diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri  menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda  lebih baik dan canggih daripada emak anda.
4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama  suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih  daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok  kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam  maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak  sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk  dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu  mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan  rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk  isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan  sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh  sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan  mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu  datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat  dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera  saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan  keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang  sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa  boleh kontrol kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma  main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan  sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali  atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,  sayur dan sebagainya.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,  Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan  ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia  rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!).
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan  dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,  bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu  barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda  dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.  Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Itu hipokrit atau  dalam bahasa Arab disebut Munafik. (ustaz/ustazah yg ada kat sini kalau  silap sori yek)
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka  pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi  diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri  sendiri.
17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri  anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa  isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.  Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah  tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami  buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.  Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat  isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling  menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila  dah mati nanti.
21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati.  Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang  perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah,  perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami  boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum  lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang  perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda  juga yang rugi!
Artikel ini disumbang oleh : Tok Wan ( http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000533591706  )
No comments:
Post a Comment