Saturday, June 19, 2010

Cupcakes - FMAJAL-HOMEMADES

Cupcakes ordered by a neighbour untuk dibawa ke Majlis Pertunangan... TQVM Kak..

Pesanan Isteri Kepada Suami

Dok jalan jalan di alam maya cari bahan bacaan dan sbgnye... terjumpa plk artikel ni kt dlm website bakalpengantin.com Menarik plk.. meh le kite semak sikit yer... ;-D

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Itu hipokrit atau dalam bahasa Arab disebut Munafik. (ustaz/ustazah yg ada kat sini kalau silap sori yek)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Artikel ini disumbang oleh : Tok Wan ( http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000533591706 )

Thursday, June 17, 2010

Oat Squares n Popia Horlicks as Hantaran


Gubahan sendiri oleh pihak pengantin. Photos courtesy of Fara (kakak pengantin).. hihihi.. dikhabarkan laju licin dulang oat squares n popia horlicks ku ini.. ;D.. Alhamdulillah

Friday, May 28, 2010

Pepsi Max Big One Roller Coaster



When it opened on May 28, 1994, the Pepsi Max Big One roller coaster was the tallest, fastest and steepest roller coaster of any park in the world. The ride lost its height and speed records to Fujiyama in 1996, though it remained the fastest roller coaster in Europe until 2001, when Colossos opened at Heide Park in Germany, and the tallest until 2002, when Silver Star opened at Europa-Park in Germany. The ride still remains the tallest roller coaster in the United Kingdom, but is no longer the fastest (the UK record going to Stealth at Thorpe Park).
http://en.wikipedia.org/wiki/Pepsi_Ma...

Wajah2 semasa menaiki Big Max ni... hehehehe...Buka je gate Blackpool Pleasure Beach ni terus terjah ni. If not mmg beratur pjg le, buang masa... Gambar ni taken masa tgh kt twist 'terjun' frm top tu.. best giler menjerit.. Aaaaaaaaaa!!!


Yg ni die nyer Log apa ntah namanyer... Ku yg dok dpn sekali basah kuyup kena 'terjah' air.. ceh!! It was fun though.. :D

Tuesday, May 18, 2010

Gift Teacher's Day Kakak


Ni la rupenye gift Kakak tuk cikgu2 die. Kakak dpt kiss from her class teacher... Seronok btl dia. ;-D

SELAMAT HARI GURU 
kepada semua guru-guru diseluruh Malaysia ini. Terima kasih Cikgu!!

Monday, May 17, 2010

Insyirah 2nd Birthday..

Alhamdulillah... dah 2 tahun dah puteri yg sorang ni pd 14 Mei yg lps.. hihihi. Lambat sikit masuk entry blog. Buat la sikit kek.. Kakak n Adik la 'menepung tawar' kek n cupcakes tuh... masuk perut dah pun.. :D

HAPPY 2ND BIRTHDAY

Thursday, May 6, 2010

Cupcakes n Puding Lychee

50 pcs of Vanilla Cupcakes (buttercream) with a very simple deco

and 40 pcks of Pudding Lychee, ordered by my beloved neighbour.. special request.. TQVM kak..!!