Tuesday, June 21, 2011

Ayah & Abah ku.....


Inilah seorg manusia yg ku panggil Ayah.. Liku-liku kehidupannya amat sukar yg beliau tempohi.. Dari Zaman Jepun hingga la zaman merdeka.. Beliau merupakan bekas guru.. Pengalaman hidupnya amat luas.. banyak yg di cerita pada aku.. susah senangnya.. Ketegasannya pada aku amat ketara walaupun aku merupakan anak lelakinya yg tunggal (lima beradik - semua perempuan). Kalau di ikutkan lumrah alam.. sudah pasti aku sgt di manjakan.. namun aku tak dapat itu semua.. dalam erti kata antara kemahuanku & keperluanku.. Soal pelajaran ku.. memang dia tak pernah abaikan tapi soal kemahuanku.. mmmmmm.. sendiri cari la... aku pernah di beri kata dua di hari ulangtahun ku yg ke 21.. "ayah tak mampu nak bg kau hadiah mahal-mahal... cuma ayah nak ingatkan kau.. kau tu dah boleh ke tali gantung..." pergghhh.. ketika itu tersentap jiwaku... apa yg ayah ku katakan nie?? Kemudian baru ku mengerti apa maksud yg tersirat....
Ketika aku memasuki Tadika.. aku telah di didik untuk berdikari.. hari pertama persekolahanku, pagi itu aku di hantarnya, kemudian aku di beri nomber plat bas sekolah untuk pulang ke rumah tengahari itu... adusss... peritnya.. begitu juga masuk darjah 1.. walaupun satu sekolah dengannya.. aku tetap menerima hukuman yg sama dengan murid lain malah aku lebih parah kerana di rumah beliau tambah lagi hukamannya... Ketika sekolah menengah pun sama.. urusan pendaftaran semuanya terpaksa aku lakukan sendiri..  Selepas tingkatan 3 aku terpaksa bertukar sekolah kerana sekolah lamaku tiada aliran sains.. aku terpaksa menguruskan segala macam hal... naik bas, turun bas.. melintas roundabout simpang tujuh di klang.. masuk kolej pun sama.. pikul beg, daftar.. semua sendiri... Samada aku mampu lakukan atau tidak.. aku mesti kena buat... itu pasti... soal agama juga tidak tinggal.. mengaji, sembahyang, kelas fardhu ain.. semua aku kena pergi.. wajib!!..

Kini aku berbangga kerana hasil didikannya aku mampu berdikari.. walaupun perit di lakukannya, jatuh bangunku dalam perniagaan seawal umur aku 25 tahun... macam2 pengalaman aku bersamanya... soal permasalah adik2 aku juga menjadi korbannya, soal memberi laluan pada adik2, soal wang saku, aku juga terpaksa berkorban.. namun aku terima semuanya dengan tabah walaupun pernah aku berkeras dgnnya.. tapi akhirnya aku terpaksa mengalah setelah beliau menerangkan kenapa beliau mendidik aku sedemikian rupa... Apa yg ku pelajari dari didikannya?? banyak... cukup banyak... Sikap berdikari beliau cukup terselah.. segalanya beliau mampu lakukan.. ketenangan beliau menghadapi sesuatu permasalahan amat aku kagumi walau sebesar mana pun masalah tersebut..

Walaupun beliau tidak memberi ku wang berjuta, harta berlonggok, namun beliau memberikan aku erti kehidupan sebenar sebagai seorng lelaki, suami serta bapa kepada 2 puteri ku... aku tak dapat membalas serta tak tahu membalasnya dengan kemewahan.. cuma apa yg aku akan pastikan.. aku nak beliau melihat aku berjaya dunia dan akhirat hasil didikan beliau....



Manusia ini merupakan bapa mertua ku yg ku panggil Abah... beliau juga merupakan seorang bekas guru.. aku tidak dapat bersamanya lama.. kerana Allah lebih menyayanginya.. Al-fatihah buat beliau semoga Allah meletakkanya di kalangan orang-orang yang beriman... namun demikian, aku sempat menimba ilmu darinya.. sikapnya saling tak tumpah mcm ayah aku.. tapi dia lebih protokol.. adusss.. lagi parah aku.. soal berpakaian memang aku kena jaga.. pernah juga aku dia menegur ku soal nie.. adusss.. padan muka aku.. tapi tak kisah la.. benda baik.. Beliau merupakan seorang yang aktif.. macam-macam aktiviti dia buat, kerja amal, aktif berpolitik juga.. sebut bab nie.. aku juga di beri kata dua darinya.. kerana ketika itu aku pun aktif politik jugak.. "Jangan kamu menerima apa juga pemberian orang kerana sesuatu sebab.. buat la kerana amal kebajikan".... peerggghhh.. kena galas jugak aku pesanannya sehingga kini..

Beliau juga tegas sama seperti ayah ku.. aku berbangga kerana mengenalinya.. tata susila ketika duduk, cakap dengan orang semuanya di amati.. ketika itu aku memang sakit jiwa di buatnya.. byk komen dari beliau ku terima... kena terima la.. dah orang tua yg bagi.. bukan ikut kepala sendiri.. aku memang rimas ketika itu.. tapi semuanya ku hadapi berkat hasil didikan ayahku.. lagi pun ayahku dah ckp awal2.. cuma kau je buat bodoh, padan la muka aku...

Aku memang sedih kerana ketika aku bernikah, beliau telah pergi buat selama-lamanya.. aku masih teringat kata-katanya.. kamu jangan risau.. abah sendiri akan nikahkan kamu.. padahal sebelum-sebelum itu tenat aku menjawab pelbagai soalan dari beliau.. Iya la.. nak nikah dengan anaknya.. heheee.. Apa yg pasti, aku tetap akan mengingati segala pesanan beliau sehingga kini.. Kekadang aku pernah terfikir, kenapa aku tak di beri peluang mengenalinya lebih lama lagi.. apa pun aku terpaksa reda dengan ketentuan Illahi.. al-fatihah buat abah..






Aku tahu diriku tidak sesempurna manusia yg lain, namun aku bangga dengan apa yg aku terima dan ada., kerana apa yg ku perolehi adalah hasil usaha aku sendiri.. bukan dari hasil usaha bapak aku.. Kini aku mengerti pengorbanan kedua-dua manusia ini.. menjadi ketua keluarga, mendidik anak, mencari nafkah utk keluarga dan erti kehidupan sebenar-benarnya... aku memohon agar Allah membalas segala kebaikan pada mereka ini kerana mendidik aku... Selamat Hari Bapa..

Sunday, June 12, 2011