Friday, June 29, 2007

Anak

Anak.. penyeri dlm sesebuah keluarga, pengikat kasih sayang.. walaupun diorg buat kite marah... yelah kekdg kite pun terlepas jgk sedas dua... btl tak... tp x smpi seminit perasaan bersalah 2 akan bersarang kat hati... kesian lak ngk nyer wlaupun sedas dua xde la sakit bebana pun.. tp bila melihat wajah sedih anak 2.. mengenang jgk air kat mata... x semena2 cepat jer mulut ckp sori.. hmm... kuatnyer kuasa anak 2 pada ibu bapakan... actually nak share sikit petikan artikel drpd Mingguan Wanita (ala.. frontpage pengantin diraja Brunei 2..) Siri Wanita Anggun oleh Dr Haji Juanda bin Haji Jaya menyentuh tentang anak n ujian2 hidup.. saya taipkan la balik kat sini petikannyer yg jadi peringatan pada saya terutamanyer...

"1. Dosa dihapuskan kerana sabar menerima sebarang ujian. Katakan pada diri sendiri: "Betapa banyaknyer dosa aku yang dihapuskan kerana sabar merawat mereka." Suatu hari Aini mengeluh kerana tak tidur semalaman menjaga anaknya yang demam. Suaminya memujuk: "Begitulah cara Tuhan nak menghapuskan dosa2 kita." Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seorang Mulim yang tertimpa kecelakaan, kemiskinan, kegundahan, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta akibat tertusuk duri sekalipun, nescaya Allah akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu." (Hadis Muttafaqun Alaih)

2. Anak menjadi sumber pahala yang besar. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya besar pahala itu bergantung kepada besarnya ujian. Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka Allah redha dan barangsiapa yang marah maka Allah juga murka kepadanya." (hadis riwayat al-Tirmizi)

3. Menghadap Allah dengan keampunan dan reda-Nya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Orang mukmin lelaki dan perempuan akan sentiasa menerima cubaan yang menimpa tubuh badannya, harta, mahupun anaknya sehingga dia menghadap Allah tanpa sebarang dosa." (Hadia riwayat Ahmad)

4. Anak pendiding ibu bapa dari api neraka. Saidatina Aisyah RA menceritakan: "Telah datang ke rumahku seorang perempuan miskin dan kedua anak perempuannya, tidak dapat saya berikan kepadanya selain sebiji kurma, maka saya pun memberikannya, lalu dibahagi kurma itu kepada dua anaknya dan dia sendiri tidak makan apa, kemudian mereka pergi. Rasulullah SAW datang, aku menceritakan tentang hal itu maka baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan lalu mengasuh dan mendidik mereka dengan sebaik-baiknya maka ia akan menjadi pendinding baginya dari api neraka. Menurut riwayat lain yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menentukan baginya syurga dan Allah telah memerdekakannya dari api neraka kerana sebab kedua anak itu." (Hadia riwayat al-Bukhari Muslim). Mendidik anak lelalki juga sama ganjarannya.

Yang terakhir sekali, anada mesti yakin bahawa anak boleh berfungsi sebagai pengikat kasih sayang suami kepada diri anda (isteri)."

Panjang la sikit entry kali ini. Sebagai rujukan diri sendiri disamping berkongsi. Semoga ada manafaatnye..

* W'salam... siler2 ummu Masyitah... sama2 kita panjangkan.. InsyaAllah

1 comment:

ummu said...

assalamualaikum salam perkenalan
Puan,saya peminat siri wanita anggun Dr Juanda
bolehkah saya copy paste artikel ini yang ditulis balik oleh PUan di blog saya?tq.